Latar Belakang Jamu Susuk Dara (JSD)


Pada 6 Januari 2015 JSD Holdings Sdn. Bhd. ditubuhkan. Namun, mulai 1 Februari 2015 syarikat JSD Holdings Sdn. Bhd. mengambil alih sepenuhnya syarikat Susuk Dara Resources.
Pemilik sepenuhnya kepada kedua dua syarikat tersebut ialah Puan Lynda Binti Basri atau panngilan mesranya ialah Puan Hanni berumur 33 tahun. Beliau berpendidikan dalam Diploma Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan.
Puan Hanni berpengalaman dalam bidang perniagaan. Sebelum terlibat dalam perniagaan produk kecantikan dan penjagaan kesihatan ini, beliau telah membuka perniagaan makanan yang berjaya di Klang selama 5 tahun. Beliau juga mempunyai banyak pengalaman di dalam bidang pemasaran.
Dengan pengalaman yang ada beliau mengorak langkah membina perniagaan di dalam bidang kecantikan dan penjagaan kesihatan berasaskan herba.
Dato’ Sri Hanni Basri
Dato’ Sri Hanni Basri
Pada tahun 2013, beliau telah menghadiri Kursus Platinum University of Life bersama Dr. Azizan Osman. Berbekalkan pengalaman yang sedia ada dan ditambah dengan ilmu perniagaan yang diterima dari Dr. Azizan perniagaan ini menjadi lebih sukses. Dalam waktu yang begitu singkat jualan produk-produk syarikat di bawah bimbingannya mencapai RM16.5 juta dalam tahun 2013.
Pada bulan Febuari 2015, beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYAM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato’ Sri…

Susuk Dara Resources

Susuk Dara Resources telah didaftarkan pada 17 April 2012. Syarikat ini mengeluarkan produk kecantikan dan penjagaan kesihatan berasaskan herba untuk semua peringkat umur. Ia terdiri daripada produk penjagaan wajah yang sesuai untuk kaum lelaki dan wanita, pil jamu untuk penjagaan kesihatan bagi kaum lelaki dan wanita, produk penjagaan bahagian intim kaum wanita dan produk makanan tambahan untuk kanak-kanak.
Sumber maklumat : jsd.com.my

No comments:

Post a Comment