Tentang Jamu Susuk Dara

Sahsiah Jamu Susuk Dara

FORMULA JAMU SUSUK DARA ini telah wujud dari zaman sebelum perang dunia ke-2 yang diwarisi turun temurun dukun bidan Kampung Delek, Klang, Selangor. Arwah Embah Roliyah Haji Ali yang telah meninggal dunia sebelum Malaya merdeka.

Pembuat JAMU SUSUK DARA adalah cucu beliau Puan Hanni. Anak kepada Haji Borhan Bin Haji Ali anak kepada Embah Roliyah.
Kepakaran Embah Roliyah adalah sakit puan,pengasihan dan pengaman rumah tangga.
Sebelum ini pada tahun 1970an sehingga lewat 1980an kerja kedukunan ini telah diwarisi oleh anak beliau arwah Yusak Haji Ali.

Ketika Haji Borhan Bin Haji Ali pulang ke rahmatullah, Puan Hanni telah didatangi dengan peristiwa dan situasi yang aneh. Sehingga pada suatu hari, Pn Hanni telah mengalami keguguran dan beliau telah didatangi 3 orang yang sangat penting dalam hidup beliau iaitu arwah abang beliau, arwah Suhari Haji Borhan dengan senyuman, arwah Haji Borhan menyuruh beliau untuk meminum air yang sangat pahit dan juga suruh mengigit buah yang sangat keras. Dan akhir sekali beliau bertemu dengan arwah Embah Roliyah, yang sedang menyelimutkan beliau dengan daun-daunan[semua ini berlaku dalam mimpi].

Setelah terjaga dari tidurnya itu, dengan badan yang masih sangat lemah, Puan Hanni berkongsi pengalaman mimpinya itu dengan suami beliau. Bermula dari saat itu, Puan Hanni mula mendekatkan diri beliau dan mengenali herba-herba untuk kesihatan beliau sendiri dan dibimbing oleh ibu beliau Hajah Sanniyah Haji Yusof.

Sehabis pantang dan badan sudah kembali sihat, Puan Hanni didatangi rakan-rakan yang bermasalah rumahtangga dan mereka yang keadaan dilemma wanita. Sebagai seorang rakan Puan Hanni berkongsi pengalaman dan rahsia yang beliau amalkan, sehingga hari ini secara tidak langsung Pn Hanni telah melibatkan diri dengan pembuatan jamu ini di atas permintaan rakan-rakan sehingga kepada pengeluaran yang lebih banyak dan permintaan tidak terhad. Dengan tidak dijangka pembikinan jamu ini meluas di kalangan wanita umum tidak kira bangsa, agama dan keturanan.
Dengan ini juga secara tidak langsung, ia membuka peluang menambah pendapatan rakan-rakan wanita. Dan membuka ruang perniagaan kepada usahawan-usahawan wanita di luar sana.
Pembikinan jamu ini hanya bermula dari rumah sahaja, dan beliau tidak pernah terlintas untuk memiliki sebuah pejabat pangurusan, sebuah gudang yang besar untuk penyimpanan stok beliau dan memiliki wang simpanan berjuta-juta ringgit. Ahli jemaah beliau juga telah mencecah seramai 63,000 orang sehingga penghujung tahun 2013.

Sehingga ke hari ini kami sedang berusaha memenuhi permintaan pengguna yang memerlukan khidmat nasihat dan rundingan cara penggunaan produk tersebut, malah pembuatan produk ditingkatkan usaha dengan lebih aktif dan memenuhi standard kelayakan permintaan kerajaan Malaysia.
PRODUK JAMU SUSUK DARA - Tidak melibatkan penggunaan sebarang kuasa sihir atau ilmu hitam, semuanya herba tulen dan tiada bahan pengawet.


No comments:

Post a Comment